Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
مَنْ اَرَادَ اَنْ يَتَكَلَّمَ مَعَ اللهِ فَلْيَقْرَاِ الْقُرْاٰنَ
"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"
Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata :Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْاٰنَ وَعَلَّمَهُ
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya."
Al-Hakim meriwayatkanj dari Ibnu Mas'ud: Nabi SAW bersabda :
مَنْ قَرَأَحَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ اَمْثَالِهَا. لاَ اَقُوْلُ الٓـمّٓ حَرْفٌ : وَلَكِنْ اَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH(satu kebajikan) dan satu HASANAH itu sepuluh kali lifat. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf,LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."
Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:
"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berlifat ganda, dan barangsiapa membaca satu ayatKitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."
Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
"Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Terima kasih penjelasannya tentang keutamaan Alquran yang cukup lengkap ini. Salam kenal
BalasHapus